VIDEO : "TEGURAN DARI YG MAHA ESA !.." - Sama-Sama Doakan Syamsul Yusof... Salam Takziah


NAMA pengarah Syamsul Yusof sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila kereta mewah jenis Lamborgini miliknya dirakam berasap di tepi jalan.


Menerusi video yang tular di TikTok, Lamborghini berwarna kuning itu tiba-tiba mengeluarkan asap tebal ketika berada di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur sehingga menarik perhatian orang ramai


Kenderaan itu dipercayai milik Syamsul apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilihat keluar daripada kenderaan tersebut untuk memeriksa keadaan kereta mewah kesayangannya itu.



Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai @cmfavorite atau Syaza itu memperlihatkan Syamsul yang memakai baju kemeja dan bertopi tenang ketika keluar daripada keretanya.


"Lambo (Lamborghini) abang Sol (Syamsul) berasap ke tu?," tulisnya pada bahagian kapsyen video berkenaan.


Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @iema7386 pula mendedahkan dia sempat bertemu dengan Syamsul sebelum kejadian keretanya berasap.


Menerusi video yang dikongsi, Syamsul yang sedang berhenti di lampu isyarat kelihatan sedang memeriksa sesuatu pada keretanya seolah-olah sudah mengesan masalah pada kenderaan tersebut.


Syamsul yang membuka bumbung kenderaan tersebut dilihat bersama seorang kenalannya di bahagian penumpang sempat melayan permintaan peminat bermotosikal yang ingin berswafoto dengannya.



"Sebelum kejadian... Dah perasan Syamsul macam tengah tengok dekat dalam kereta dia. Mungkin masa tu ada keluar lampu amaran pada meter kereta.


"Dalam masa yang sama sempat melayan peminat untuk berselfie," katanya.


Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Syamsul berhubung insiden itu bagaimanapun tidak berjaya apabila pengarah itu tidak menjawab panggilan yang dibuat kepadanya.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mendoakan agar ususan pengarah filem Mat Kilau itu dipermudahkan.

komen


Namun, ada juga segelintir pihak yang mengatakan insiden tersebut merupakan karma ke atas dirinya dan perbuatan yang dilakukannya sebelum ini terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana dan ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

komen

Artikel Berkaitan

ARTIS 6011393060513179927

Popular Posts

item