TAHNIAH JANNA NICK ! Dgn Sekali Lafaz Kini Sah Bergelar Isteri

 


Selepas berbagai kontroversi melanda pasangan selebriti ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasihnya, Dini Schatzmann.


Janna dan Dini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi pagi tadi.


Menurut laporan Mstar, Dini dinikahkan oleh bapa Janna sendiri iaitu Muner Abdullah dan disaksikan oleh pengerusi masjid A’isyah dan dua sepupu pengantin perempuan.



Janna turut menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 simbolik tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019.


Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun itu mengakui sedikit gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7216519582579816240

Popular Posts

item