“Perangai Macam Ib**s, Keluar Dengan Jantan, Balik Mabuk, Makan B*bi” – TAK TAHAN DIFITNAH, Afiq Muiz Bongkar Aib Isteri


Semalam, dikhabarkan isteri kepada pelakon Afiq Muiz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari untuk membuat permohonan fasakh dan mendakwa pelakon lelaki tersebut merupakan kaki pukul.


Menjawab dakwaan tersebut, Afiq Muiz telah membuka aib isteri di ruangan komen Instagramnya setelah netizen menyuruh pelakon itu untuk menceraikan secara baik dan bukannya digantung tak bertali selama dua tahun.


Menurut Afiq, bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut, lebih-lebih lagi selepas mendakwa wanita tersebut curang hingga sukar untuk menatap wajah.


Dalam pada masa yang sama, pelakon tersebut turut berkata dirinya telah difitnah oleh isteri mengenai sering memukul serta menyifatkan Pachara sebagai wanita yang tidak baik.


Dia yang macam sundal keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk.




Tambahan lagi, Afiq sudah tidak menganggap wanita berasal dari Ranau, Sabah itu bukan siapa-siapa lagi dalam hidupnya.


Sekadar info, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun tetapi Afiq tidak memberi kerjasama dengan tidak menghadirkan diri ke mahkamah sejak tahun lalu.

Artikel Berkaitan

ARTIS 1950674852868063974

Popular Posts

item