“Awak Tu Public Figure..” –Pemuda PAS Tegur Khairul Aming Kerana Tindakkannya Ini


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed telah membuat surat terbuka kepada pempengaruh media sosial, Khairul Aming.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, Kamal meluahkan rasa kesal terhadap Khairul kerana bersungguh membeli tiket konsert kumpulan penyanyi rock British iaitu Coldplay.


Bukan itu sahaja, Kamal berkata seorang pempengaruh tidak seharusnya mempromosikan konsert dari artis yang menyokong golongan ‘pelangi’.


Tergurus hati saya bila baca posting twitter saudara yang bersungguh menempah tiket.

kamal

Dalam pada itu, Kamal turut meminta Khairul untuk memikirkan semula kesan buruk budaya golongan ‘pelangi’ yang akan dibawa bersama dalam konsert Coldplay yang akan diadakan pada 22 November nanti.


Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebarang budaya tak sihat terutama kepada anak-anak musa?


Sebelum ini, Khairul Aming berkongsi rasa teruja apabila dia berjaya membeli empat tiket konsert selepas hampir beberapa jam berusaha sehingga terpaksa membawa komputer riba ke dalam tandas.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 8456343666484712201

Popular Posts

item