SALAM TAKZIAH. Berita Sedih Buat Peminat Pelakon TERKENAL Malaysia Delimawati

 


KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kira-kira setahun, pelakon, Delimawati Ismail, 65, berdepan ujian berat apabila kehilangan dua anaknya.

Semalam, Delimawati yang kini berada di Makkah mengerjakan umrah kehilangan anak perempuannya, Sarah Jaafar, 43, yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang.

Terdahulu, pada 30 April tahun lalu, anak lelakinya, Zulfazli Jaafar meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor.

Dalam pada menanggung kesedihan, Delimawati reda mendapat berita duka itu dan mendoakan roh anaknya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Selamat jalan anakku sayang. Kamu hantar ibu ke rumah Allah.

"Selepas lima hari kami di sini, kamu tinggalkan ibu buat selamanya.

"Betapa pilunya hati ibu mendapat berita Sarah dah tak ada Iagi," tulisnya dalam Instagram.

Allahyarham Sarah dan anak-anak menghantar Delimawati di lapangan terbang untuk pergi mengerjakan umrah di Makkah, beberapa hari lalu. - Foto Facebook Delimawati


Delimawati berkata, kali terakhir Sarah yang dipanggil Ara itu meraikan hari jadinya ketika di lapangan terbang sebelum ini.

"Ibu kena reda dan kuatkan semangat ibu. Tak apalah anakku.

"Ibu doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman.

"Insya-Allah selagi ada hayat ibu, doa ibu tidak akan putus untuk Ara. Tunggu ibu di sana," tulisnya.

Sementara itu, seorang rakan Allahyarham berkongsi Sarah adalah seorang ahli perniagaan yang tidak kedekut ilmu.

"Kali terakhir berjumpa pada Ramadan tempoh hari. Sanggup datang dari Kuala Kangsar ke Ipoh singgah gerai membeli kuih limas.

"Tak sempat bersembang lama ketika itu kerana ramai pelanggan yang datang. Hanya senyuman tak pernah lekang dari wajahmu sahabat.

"Kami selalu sokong sesama sendiri. Melihat perkembangan perniagaan bermula dari bawah yang tak punya apa-apa sehinggalah berkembang dan maju. Sangat mudah berurusan denganmu sahabat," katanya.


Artikel Berkaitan

ARTIS 6081220054376040443

Popular Posts

item