Patutlah Tak Kisah Nak Cerai Dgn Syamsul. TERBONGKAR siapa sebenarnya 2 org yg ada di sebelah Puteri Sarah.

 


Puteri Sarah Liyana mendapat sokongan daripada kedua ibu bapa mentuanya malah sebelum ini ibu Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail turut lantang bersuara perihal isu rumah tangga anaknya itu.


Pelbagai kenyataan dikeluarkan olehnya sehingga ramai yang sedikit sebanyak berasa lega apabila dia berpihak dan sentiasa di sisi menantunya.


Dalam masa yang sama, hal tersebut turut mengundang persoalan dan ada yang tertanya tentang keberadaan ahli keluarga Puteri Sarah yang tidak lantang seperti mentuanya.


Ketika ditanya, pelakon berusia 37 itu menegaskan bahawa keluarga terutamanya ibu bapa kandung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang kemelut rumah tangganya kerana faktor kerjaya.


Menurutnya, keluarganya bekerja dalam bidang profesional dan dia tetap mendapat sokongan daripada mereka meskipun tidak ‘berbunyi’ sepertimana pihak mentua.


Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adik yang menemaninya ke mahkamah semalam sewaktu berjumpa dengan pihak media untuk menjelaskan hal itu.


Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material… Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana.”

Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, dia gembira kerana ahli keluarga hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan kepadanya.


Dalam pada itu, Datin Fatimah memohon agar tidak diganggu berhubung isu tuntutan cerai tersebut kerana enggan kenyataan daripadanya akan membuatkan dia dihina netizen.

Artikel Berkaitan

ARTIS 2068060288963343030

Popular Posts

item