“Jgn ingat Syamsul boleh selamat !” Sah ! Kalau Syamsul Tak Mahu Cerai, Ini Yg Puteri Sarah Akan Lakukan

 


Puteri Sarah Liyana nekad memfailkan penceraian terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.


Tegasnya, keputusan dibuat itu muktamad dan dia sudah tidak mahu lagi bersama dengan Syamsul selepas 9 tahun melayari bahtera rumah tangga.


Dalam pada itu, Syamsul seperti yang dijangka masih mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa respon terhadap tuntutan cerai tersebut.


Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader hari ini berkata pelakon itu mempunyai beberapa pilihan lain jika Syamsul enggan melepaskannya.



Pilihan tersebut mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi Puteri Sarah untuk menuntut cerai daripada suaminya.


Jelasnya, jika Syamsul hadir pada tarikh sebutan yang ditetapkan iaitu 7 Mac depan dan bersetuju untuk melafazkan cerai maka perceraian boleh berlaku.


Tetapi kalau defendan tidak setuju, kami akan usahakan ke peringkat kedua di mahkamah yang sama di mana kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).”


Pada peringkat itu, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan namun jika gagal, ia seterusnya akan dirujuk kepada hakam keluarga.


Bagaimanapun, jika masih gagal kuasa untuk melafazkan cerai diberi kepada mahkamah yang mewakili plaintif.


Tambah Akberdin, pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang yang diperuntukkan jika Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah.

Artikel Berkaitan

ARTIS 8993417448230423918

Popular Posts

item