“Geng² ni dah makin melampau !” Tak sempat rai majlis akikah, bayi maut selepas ...

 


MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan tidak sempat diraikan dalam majlis akikah apabila maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 184 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, pada Selasa.


Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohamad Sufyan Mohamad Shahizwan yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, mangsa yang merupakan anak angkat kepada seorang pegawai polis dipercayai dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke kampung keluarganya di Kluang, Johor bagi persiapan majlis tersebut.


Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Ativa yang dinaiki empat sekeluarga termasuk bayi itu telah dirempuh sebuah treler membawa muatan kereta yang dipercayai hilang kawalan.


"Ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berada di lorong kiri sebelum dirempuh treler yang dipandu oleh lelaki berusia 39 tahun.


"Mangsa yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang bersama abangnya berusia tiga tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 2.55 petang di hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Mohamad Sufyan berkata, selepas melanggar kenderaan mangsa, treler terbabit turut merempuh empat lagi kenderaan iaitu sebuah lori, pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Perodua Myvi dan Mercedes Benz namun kesemua pemandu dan tiga penumpang selamat.

"Polis telah mengambil sampel darah pemandu treler untuk analisis kimia bagi memastikan ada atau tidak kehadiran alkohol.

"Kes disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 769994503029551819

Popular Posts

item