"Saya Cuma Minta Naik Gaji Sebanyak ......." - Akhirnya Tyzo Dedah Cerita Sebenar Punca Dia Ditamatkan Kontrak

 


Penamatan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM sememangnya membuatkan Tyzo terkejut, bahkan peminat turut berasa sedih apabila mengetahui berita ini.


Perjelas isu penamatan kontrak


Tyzo yang ditemui oleh pihak media berkata dia merasakan semua yang berlaku ini tidak adil buat dirinya.


Lagi-lagi terdapat pihak yang cuba menutup periuk nasinya bagi menampakkan dia seperti tidak profesional kerana memperbesarkan isu ini.

Tak dapat tahan sebak


Barangkali lama menyimpan perasaan, Tyzo sewaktu ditemubual oleh pihak media tidak dapat menahan sebak apabila perjelaskan isu ini.


Lagi membuatkan dirinya berasa ‘sakit’ kerana lagu Tyzo turut dipadam dari stesen radio terbabit dan bertanya apakah tujuan mereka melakukan seperti itu kepada dirinya.


Minta gaji naik RM500 saja


Dalam pada itu, bekas penyampai radio Suria FM itu berkata dia hanya meminta gajinya dinaikkan sebanyak RM500 saja tetapi tidak sangka ini balasan yang diterima.

Popular Posts

item