"Ya Allah, Hajjah....." - Baru Je Balik Haji, Ramai Terkejut Dgn Penampilan Nelydia Senrose Waktu bercuti di Thailand



 Melalui laman TikTok selebriti Aprena Menrose, dia telah memuat naik video yang seolah-olah memberitahu karakter setiap individu ketika mereka pergi bercuti.


Dalam video tersebut, kita dapat melihat Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Oktovia Menrose, Nadiyah Shahab, Raysha Rizrose, dan seorang wanita lain.

@aprenamanrose_official Perangai masing masing bila travel 🤪 #fyp #foryoupage #allabahtus ♬ original sound - AprenaManrose 🤍

Apa yang menarik perhatian ramai dalam video tersebut adalah Nelydia Senrose yang tidak mengenakan tudung, tetapi hanya menutup kepala dengan topi yang menampakkan sebahagian daripada rambutnya.


Akibat dari itu, netizen berbondong-bondong untuk memberikan komen dan bertanya tentang tindakan Nelydia yang seolah-olah menunjukkan bahawa dia mungkin akan melepaskan tudungnya.




Banyak yang mengungkapkan rasa kecewa terhadap pelakon tersebut kerana mereka lebih suka melihat Nelydia yang memakai tudung seperti sebelum ini.


Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mencapai lebih daripada 1 juta tontonan dan hampir mendapat 60,000 tanda suka daripada pengguna platform tersebut.

Artikel Berkaitan

ARTIS 4449247036543298983

Popular Posts

item