Tiba² Mengalir Air Mata... Reaksi Norman Hakim Bila Terima Mesej ini

 


Pelakon, Norman Hakim mengakui banyak menerima mesej personal daripada anak-anak di luar sana yang mahukan ibu bapa mereka berbaik semula walaupun tidak bersama.


Norman yang dilihat tidak dapat menahan sebak memberi tahu, dia pernah melalui fasa tersebut dan menganggap ianya amat menyiksakan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk anak-anak juga.


“Dekat luar sana banyak yang DM saya anak-anak yang ibu bapa mereka telah berpisah dan mereka nak tengok mereka berbaik walaupun tidak lagi bersama.


“Saya telah melalui pengalaman itu dan saya rasa fasa itu merupakan satu yang menyiksakan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk anak-anak yang masih dibawah tanggungjawab saya.


“Seboleh mungkin saya ingin membantu mereka ini supaya ibu bapa mereka berbaik dan saya akan gunakan kesempatan ini untuk member sesuatu yang bermanfaat kepada mereka yang berada dalam kancah ibu bapa yang berpisah.


Norman berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pengenalan pengacara baru,


Mingguan Wanita musim ke-2 yang berlansung di


The Gardens Mall, Kuala Lumur.


Tambah Norman lagi, dia telah mengambil iktibar diatas apa yang berlaku terhadap rumah tangganya sebelum in supaya mereka tidak perlu lalui apa yang telah dia harungi sebelum ini.


“Saya bersyukur sangat kerana selepas 10 tahun kami kembali bersatu walaupun bukan sebagai pasangan suami isteri tetapi kami saling menyayangi antara satu sama lain.


“Kami ingin membawa kehidupan ini umpama kami membina syurga di rumah hari ini untuk sama-sama perolen syurga pada kehidupan selepas ini.


Terdahulu, Norman telah pun diumumkan sebagai


salah seorang daripada lima pengacara baru


Mingguan Wanita dan akan mengendalikan


segmen “Cerita Dalam Kain”


Mingguan Wanita musim baru turut menampilkan


pengacara seperti Sherry Al Hadad, Erra Fazira,


Siti Elizad dan bakal bersiaran pada 8 Julai 2019 di Astro Prima da Prima HD.


Sumber : Medla hiburan

Artikel Berkaitan

ARTIS 5676329294593858233

Popular Posts

item