"SAYA TAK BERMUSUH DENGAN SYAMSUL, TAPI IRA KAZAR DAN KELUARGA SAYA AKAN ........." - Ira Kazar Boleh BERPELUH Dgr Statement Terkini Puteri Sarah


 

KUALA LUMPUR: Kes saman pelakon, Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar, sah diselesaikan secara baik di luar mahkamah, hari ini.


Peguam bela Puteri Sarah Liyana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan, selepas sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norakhmar Mohd Sani.


"Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dua pihak (Puteri Sarah dan Ira Kazar) pada hari ini yang mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.


"Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip," katanya.


Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga antara pengarah dan pelakon, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39 dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.


Syamsul melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


Pada 30 Jun tahun lalu, Puteri Sarah dilapor mengesahkan memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih Syamsul, Ira Kazar atau nama penuhnya, Faghira Fatini Kazaruddin, 28.


Puteri Sarah dilaporkan berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan

ARTIS 2961616221278122151

Popular Posts

item