Salam Takziah. Alfatihah. 'KLON' P.Ramlee Fairuz Misran Sudah Tiada.



 PENYANYI Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat di Labuan.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.


Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi .



"Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi.


"Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya," katanya ketika dihubungi mStar.


Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.


Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee susulan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman berkenaan.


Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.


Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7631425437500283587

Popular Posts

item