APA DAH JADI ! Lagi Seminggu Nak Kahwin, Artis Terkenal Malaysia UMUM Batal Pernikahan Mereka.


 


Tinggal seminggu sahaja lagi, pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan telah membatalkan pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini.


Perkara itu disahkan oleh pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang menerusi satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.




Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.


Iman Tang juga memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.


Terdahulu, pasangan ini sepatutnya dinikahkan di lokasi berkenaan manakala majlis resepsi sepatutnya berlangsung pada malam hari dengan konsep dalam taman.


Usaha wartawan bagi mendapatkan jawapan mengenai pembatalan majlis tersebut juga tidak berjaya bagi kedua-dua pihak.



Aktres itu juga sebelum ini sudah diraikan dalam majlis ‘bachelorette party’ bagi meraikan hari-hari terakhir sebagai seorang bujang yang turut turut dihadiri selebriti lain seperti Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.


Semoga dipermudahkan urusan buat kedua-dua pasangan ini.

Artikel Berkaitan

ARTIS 5400532718339403047

Popular Posts

item