Alfatihah. Malaysia Dikejutkan Dengan Kematian DJ Radio Terkenal. Tak Sangka, Selama Ini Dia Tanggung Sakit Ini..

 




BEKAS penyampai radio stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kassim Lee meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Ahad di Hospital Selayang, Selangor.


Kassim berusia 50 tahun juga pernah menyertai Istana Budaya bahagian pemasaran sebelum ini.


Berkongsi khabar duka itu, sahabat Allahyarham dikenali sebagai Ema memberitahu Kassim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 11 Ogos lalu akibat masalah ketumbuhan di bahagian kepala.


"Arwah baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Dia masuk hospital sejak 11 Ogos lalu namun dua hari lepas keadaannya mula teruk sehingga tak lalu makan," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.


Dalam pada itu, Ema berkata, sahabat baiknya itu juga mengalami masalah jantung sejak 10 tahun lalu dan baru-baru ini disahkan pula menghidap ketumbuhan dalam kepala.



"Arwah bagaimanapun tak mahu buat pembedahan. Dia hanya ambil ubat untuk kurangkan bengkak," jelasnya.


Sementara itu, Ema berkata, Allahyarham berkemungkinan akan dikebumikan di Kuala Lumpur memandangkan keluarganya berada di Sarawak.


"Keluarga di Sarawak sudah tahu khabar ini. Mungkin jenazah Allahyarham akan dikebumikan di sini sahaja. Lebih mudah," katanya.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7963182129727788498

Popular Posts

item