"Sebab Ebit Lew Kami Kembali Jadi Gelandangan" - Wanita Berani Mati Dedah Ebit Lew Punca Dia Jadi Gelandangan

 


Peceramah bebas, Ebit Lew, dikenali sebagai individu yang gemar membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.


Jika ada sahaja berita tular mengenai mana-mana individu yang menghadapi kesulitan, dia dan pasukannya dengan segera akan tampil menghulurkan bantuan.


Walaupun berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya, namun soal bantuan dikatakan terus berjalan.


Dihalau tuan rumah kerana lambat bayar sewa


Namun begitu melalui satu perkongsian di Facebook hari ini, seorang wanita mendakwa Ebit Lew telah memungkiri janji terhadap dia dan keluarganya.


“Dulu Ustaz Ebit Lew pernah viralkan keluarga saya yang kami ini orang susah. Ustaz Ebit telah menyewakan kami sebuah rumah.


“Disebabkan Ustaz Ebit sering membayar lambat, kami telah dihalau keluar oleh tuan rumah. Pihak Ustaz Ebit juga ada berpesan, jangan beritahu tuan rumah yang kami adalah dari bantuan Ustaz Ebit.


“Jadi, bila ustaz lambat bayar sewa, tuan rumah akan marah. Jadi kami takut nak beritahu yang pihak ustaz yang lambat bayar. Bil air api juga tidak dibayar. Akhirnya kami dihalau keluar,” katanya.


Tambahnya lagi, Ebit Lew tidak lagi membantu keluarga mereka dan dia juga mendakwa dia sekeluarga sudah kembali menjadi gelandangan.


“Sekarang ustaz Ebit Lew tidak lagi membantu keluarga saya. Rumah yang dulu dibayar oleh ustaz Ebit Lew sekarang tidak dibayar lagi.


“Sekarang keluarga saya tidak mempunyai rumah lagi dan keluarga saya sekarang menjadi orang gelandangan,” tulisnya.


Selain itu katanya, Ebit Lew pernah berjanji akan membayar duit sewa rumah, bil air dan api selagi dia masih hidup.


“Ustaz Ebit Lew pernah berjanji selagi dia masih hidup duit sewa rumah dan api dengan air dia akan tanggung. Sekarang dah jadi lain cerita. Mana janji-janji ustaz Ebit Lew kepada keluarga saya dulu?” soalnya.

Sampai Bila Nak Tanggung Mereka

Walaubagaimanapun hantaran wanita ini dikecam oleh netizen. Netizen mendakwa wanita ini seolah-olah hanya mengharapkan bantuan tanpa berusaha untuk menyara kehidupan.


“Aku tak sokong Ebit Lew, tapi aku tak sokong cara kau juga. Ebit dah bagi kau jalan senang, kenapa tak pergi cari kerja untuk maintainkan bayar sewa? Kenapa tak usaha sendiri,” tulis Roro Fadzlie.


“Macam biawak hidup pula nak kena tanggung sampai mati. Usahalah cari duit, cari kerja, bayar,” kata netizen lain.




Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 7686559537819934009

Popular Posts

item