“Saya Dah Cuba Selamatkan Tapi..” - Bapa Bayi Lemas Jatuh Ketika Berkayak Cerita Kejadian Sebenar

 


Baru-baru ini kecoh mengenai seorang bayi lelaki yang baru saja berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas gara-gara terlepas daripada pegangan bapanya ketika dari pelampung di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling. Allahu..


Menurut laporan Kosmo, mereka pergi ke lokasi itu untuk berkelah bersama rakan-rakan namun tidak menyangka tragedi malang itu menimpa bayi tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri bapa kepada mangsa iaitu Mohamad Afiq Kasim.



Pada mulanya, dia bersama anaknya itu dan seorang lagi anak kepada rakannya telah menaiki pelampung berbentuk seperti bot.


Pelampung itu tersangkut dekat ranting pokok buluh yang terjuntai ke dalam air.


Kemudian, dia cuba untuk selamatkan pelampung berkenaan dari terbalik tapi tak dapat sebab air sungai ketika itu mengalir sangat deras.


Dalam keadan kelam kabut, saya sempat selamatkan anak rakan, namun anak saya terus dihanyutkan air.


Afiq terus menjerit minta tolong sebelum beberapa orang kanak-kanak kampung sedang mandi di kawasan berhampiran cuba menyelam dan mencari anaknya, namun gagal ditemui.


Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah ditemukan semula dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung. Hati-hati lah ye sekarang ni apabila melibatkan aktiviti sebegitu, tambah lagi musim-musim hujan ni..

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 3040985125383146157

Popular Posts

item