Pergi Private Party Di Korea, Penampilan Terkini Lana Nordin MENGEJUTKAN Netizen



 Baru-baru ini, perkongsian pelakon Lana Nodin menjadi perhatian apabila memuat naik video di Instagram miliknya.


Menerusi video itu, Lana berada di Korea Selatan dan memaparkan dirinya dalam perjalanan untuk menghadiri ke sebuah private party.


Dalam video dikongsikan itu, Lana dilihat menggayakan gaun berwarna merah dan rata-rata netizen terpegun melihat kecantikan ibu kepada dua orang cahaya mata itu.


Diruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan pelakon itu serta ada yang mengatakan Lana persis selebriti antarabangsa. 


“Ni baru cantik. Jangan ubah lagi. Dah cantik sangat dah.


“Makin cantik dan makin hot.



“Sekali pandang macam Jennifer Lopez pun ada.


“Teringat dulu orang gelarkan macam Pamela Anderson. Maintain je cantik.


“OMG, cantiknya. Macam Kylie Jenner”


Tahun lalu, Lana memaklumkan dia menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.


Lana berkata itu adalah pembedahan  kali keempat dilakukan bagi membetulkan hidungnya yang senget selepas terlibat kemalangan motosikal ketika berusia 19 tahun.

Artikel Berkaitan

ARTIS 8069117604146714826

Popular Posts

item