ALFATIHAH. Malaysia Dikejutkan Dengan Kematian Pelakon Lagenda Berbakat Besar. Tak kering Gusi Dgn Lawak Dia. Sama-Sama Sedekahkan Alfatihah.




 


Memetik Berita Harian Online, pelakon dan pengarah Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 5.57 pagi tadi.


Perkara tersebut turut disahkan oleh anak arwah, Salmany Akir Ahmad menerusi satu hantaran di Facebook sebentar tadi.



Sesudah laungan azan subuh, papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat.


Difahamkan, allahyarham meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kritikal menderita pelbagai komplikasi penyakit.


Terdahulu, Salmany ada memaklumkan bapanya itu kini sedang tenat dan nazak.


Jenazah Mat London yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu akan dibawa ke Masjid Taman Melawati dan dikebumikan selepas solat jumaat hari ini.





Arwah mula dirawat di ICU HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan terpaksa ditidurkan kerana keadaan jantung yang sangat lemah.


Takziah diucapkan buat keluarga allahyarham Mat London.


Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Artikel Berkaitan

ARTIS 6591747661207978754

Popular Posts

item