“Perlu Ke Turunkan Maruah KAU SEBAGAI Wanita !” – Joget Sampai TERK4NGK4NG, Netizen Malu Tengok Kak Lina Pom Pom



Gelagat Elly Mazlein atau lebih terkenal dengan panggilan Kak Lina Pom Pom bersama dengan Rina Rose ketika mereka mengacarakan program realiti nyanyian, Big Stage 2023 sering tular di media sosial.


Ramai yang selalu terhibur dan suka dengan pengacara gabungan dari dua negara berbeza malah ada yang akui menonton program itu kerana mereka berdua.


Dalam konsert minggu ketujuh baru-baru ini, Kak Lina melakukan satu sketsa di atas pentas bersama Rina di mana mereka kononnya merupakan peserta.


Selepas kedua-duanya menunjukkan bakat menyanyi seperti yang dilakukan setiap minggu, juri membuat keputusan untuk menyingkirkan Kak Lina.


Disebabkan itu, Kak Lina yang kecewa sempat melakukan aksi berjoget untuk menghiburkan penonton yang suka dengan sketsa mereka.


Menerusi sisi kamera lain kelihatan Kak Lina menari sambil berbaring seperti tarian break dance dan dia kemudian turut tertawa dengan apa yang berlaku.


Bagaimanapun, ramai warganet berpendapat kali ini kelakuan Kak Lina agak keterlaluan dan nampak seperti try hard untuk menjadi kelakar.


Malah, segelintir wanita mengakui berasa malu selepas menonton gelagat dan tariannya itu selain turut bersimpati dengan suami Kak Lina.



“Ko ingat senang taknak bagi majlis jadi sendu”

Dalam pada itu, ada yang menyebelahinya dan berkata tugas seorang pengacara dan pelawak sangatlah berat terutamanya untuk membuatkan penonton kekal terhibur.



Tahun lalu, Kak Lina pernah dikritik dan didakwa mengganggu persembahan Jaclyn Victor ketika konsert mingguan Gegar Vaganza kerana ikut menari bersama di atas pentas.


Apa pendapat korang?

Artikel Berkaitan

ARTIS 8464907850902991956

Popular Posts

item