"MACAM MANA BOLEH BLACKOUT ?? " - Ramai PANIC, Ini 10 Perkara Yg Berlaku Pada Majlis Pernikahan Syuib. No 7 Paling TAK SANGKA
Majlis pernikahan pasangan popular, Shuib dan Watie berlangsung dengan meriah di Putra Glass House, Shah Alam malam tadi.
Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, selamat bergelar suami kepada Watie atau nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35.
Sudah pasti terdapat pelbagai momen menarik sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan Shuib dan Watie.
Gempak kongsikan 10 perkara menarik yang berlaku:
1. Bapa mentua Shuib yang juga merupakan ayah kepada arwah isteri kesayangannya, Raissuddin Hamzah kelihatan sebak di sebelah Shuib ketika akad nikah berlangsung.
2. Sewaktu majlis akad dimulakan, mickrofon Shuib tidak berfungsi dan Nabil Ahmad selaku pengacara majlis secara spontan menghulurkan mikrofonnya kepada Shuib sambil tersenyum.
3. Watie mengalirkan air mata lalu menangis sebak sejurus Shuib sah bergelar suaminya. Bagaimanapun kata Watie bukan sahaja menangis tetapi sudah teresak-esak.
4. Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra juga sebak sebaik sahaja bapanya diijab kabul dan dalam masa yang sama dia berasa gembira.
5. Dewan mengalami masalah teknikal dan blackout lebih dari tiga kali. Namun segalanya terkawal apabila hos majlis, Nabil dan Sharifah Shahira tenang mengendalikan acara.
6. Anak-anak Shuib iaitu Uwais, Talita dan Mateen kelihatan begitu manja dengan Watie. Watie juga sentiasa tersenyum dan sabar melayan karenah anak-anak.
7. Paling best apabila majlis turut diserikan dengan persembahan bunga api di luar perkarangan lokasi kahwin.
8. Antara selebirti yang hadir di majlis perkahwinan tersebut adalah Nora Danish, MK K-Clique, Ajak Shiro, Marsha Milan,
Wan Sharmila, Fad Bocey, Fasha Sandha dan ramai lagi.
9. Shuib juga tolong membetulkan hijab Watie dan membantunya memasukkan anak rambut yang terkeluar. Alaaaa sweetnya pasangan ni.
10. Walaupun sedang berjuang dalam program Mega Spontan, Mamat Sepah tidak ketinggalan memberikan ucapan kepada Shuib menerusi akaun Instagram Astro Gempak. Mamat juga memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya itu kerana berlangsung pada hari yang sama dengan Mega Spontan.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Shuib dan Watie, semoga bahagia hingga akhir hayat.