Inspektor ‘pangkat tinggi’ hina anggota dah kena tahan polis ketika sedang ...

 


SEORANG pegawai polis wanita ditahan pihak berkuasa selepas mengeluarkan perkataan berunsur hinaan kepada anggota bawahan dalam satu video tular di media sosial.


Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.


"Bertindak atas maklumat, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan seorang wanita berumur 35 tahun pada jam 1:20 pagi Ahad.


"Suspek akan diberi ikat jami selepas siasatan lengkap dijalankan memandangkan terdapat lagi laporan polis yang dibuat melibatkan suspek sama.


"Sebuah telefon bimbit juga dirampas untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.


Lewat petang semalam, wanita terbabit dilaporkan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dirakam bertikam lidah di sebuah lot parkir.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 1217972367265194477

Popular Posts

item