"HARGA TERLALUI T20 !" - Ramai Peminat Kecewa Lepas Tengok Harga Tiket Konsert Faizal Tahir

 


Tahun ini kita menyaksikan bukan sahaja artis antarabangsa tetapi juga ramai penyanyi tanah air mengadakan konsert mereka.


Tidak ketinggalan, Faizal Tahir baru sahaja mengumumkan dia akhirnya bakal mengadakan konsert bersempena dengan 17 tahun dirinya berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia.


Bagaimanapun, segelintir peminat yang sudah tentu gembira dengan khabar berita ini meluahkan rasa kecewa dek kerana harga tiket yang agak mahal bagi mereka.


Menerusi Twitter, beberapa individu berkata mereka mahu ke konsert itu namun tidak mampu kerana harga tiket yang dianggap premium.


Untuk pengetahuan, tiket konsert Faizal Tahir bermula dengan harga RM488 untuk zon Platinum, RM588 zon Diamond dan bagi VIP pula RM688.

komen FT

Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 2 September akan datang jam 8.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.


Sementara itu, tiket akan mula dijual pada 14 Jun ini namun sesetengah peminat memohon agar harga tiket diturunkan sedikit agar ia mampu dibeli.






Artikel Berkaitan

ARTIS 1683523693287054429

Popular Posts

item