"GOSOK-GOSOK, PELUK-PELUKKK ...." Neelofa Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga
Pengacara dan usahawan selebriti, Noor Neelofa berkongsi tips memujuk suaminya, PU Riz sekiranya sedang merajuk atau marah.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Neelofa berkata dia akan menggosok badan, memeluk mesra, dan bergelak ketawa bersama.
Bukan itu sahaja, pengacara berusia 34 tahun itu turut memaklumkan dia akan bermanja dengan suami untuk mengambil hatinya.
Kalau ustaz merajuk nak pujuk dia senang je, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit, cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit, lepastu manja-manja sikit.
Menurutnya lagi, perkara tersebut akan membuatkan suaminya ‘cair’ memandangkan dia seorang yang lembut dan mudah untuk dipujuk.
Senang yang penting dia cepat sangat lembut, macam ais cair terus.
Namun, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail menafikan dan memaklumkan dia tidak pernah merajuk.
Sebaliknya, pendakwah bebas berusia 28 tahun itu berkata dia hanya mendidik isterinya.
Saya mana pernah merajuk, kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah, kita cuma mendidik.
@harisneelofa Siapa je tak cair kalau macam tu 🤭 tapi yeke pak ustaz tak pernah merajuk ke malu nak mengaku 🫣😂😂 #nunha #neelofaharis ♬ original sound - Nunha