Alfatihah. Malaysia Kehilangan Penyanyi Terkenal BERBAKAT Besar Tanah Air. Alfatihah Rohana Jalil


 

PENYANYI Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam, Selasa.


Berita sedih pemergian Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, disahkan oleh rakan artis iaitu Zur Eda yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga.


"Ya, kak Ana (Rohana Jalil) kembali ke Rahmatullah pukul 11.33 malam.


"Dia meninggal dunia di sisi keluarga," katanya ringkas kepada mStar.


Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya, Selangor untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum Zuhur.


Pada Isnin lalu, pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.


Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.


Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.



Untuk rekod, Rohana mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.


Rohana merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan Rohana termasuk Rayuanku, Resah Ku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7915111010081602415

Popular Posts

item