VIDEO: ZALIM ! Majikan Sanggup Rekod Pembantu Rumah Minta Tolong Jatuh Dari Tingkat 7. Siap Ketawa Lagi !


DASAR majikan berhati BINATANG! Seorang wanita tergamak membiarkan pembantu rumahnya terjatuh dari tingkat tujuh tanpa menghiraukan rayuannya yang minta diselamatkan.


Lebih kejam, detik penuh cemas itu dijadikan peluang untuk wanita tersebut merakam aksi eksklusif amahnya yang sedang sakit bergayut di birai tingkat sebelum terjatuh ke tanah.


Menerusi video itu, majikan wanita itu turut kedengaran ketawa apabila melihat situasi pembantu rumahnya dari Habsyah merayu-rayu meminta tolong sebelum terjatuh atas bumbung.


Merasakan ia amat menarik buat tontonan ramai netizen, dia kemudian bergegas memuat naik video ngeri tersebut menerusi akaun laman sosialnya.


Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila pihak polis bertindak menahannya pula.


Difahamkan, pembantu rumah tersebut awalnya ingin membunuh diri, namun menukar fikiran sebelum minta diselamatkan majikan.


Namun, majikan tersebut enggan membantunya sebelum dia terjatuh di atas bumbung.


Akibat insiden itu, pembantu rumah berkenaan mengalami kecederaan parah, termasuk patah tangan.


Punca amah tersebut bertindak membunuh diri tidak diketahui. 




Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 5636212077840378043

Popular Posts

item