"Saya sangap suami main belakang saya"– Konon Bagi Motivasi Rumah Tangga, Wanita Dikecam Kongsi ‘Content’ LUC4H


Seorang wanita yang kononnya berkongsi motivasi mengenai perihal rumah tangga dikecam apabila sering memuat naik konten mengandungi unsur lucah melampau secara terbuka di media sosial.


Menerusi hantaran di laman Facebook dan TikTok, wanita itu sering berkongsi tugasan serta peranan seorang isteri dalam rumah tangga termasuk soal nafkah batin.


Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mencipta sebuah grup di Telegram untuk dijadikan sebagai tempat para suami isteri meluahkan masalah berkaitan hubungan intim.

fatin

Difahamkan, grup ‘Isteri Batin Idaman Suami’ itu juga dijadikan sebagai medium untuknya menasihati golongan berkenaan.


Bagaimanapun, perbualan ahli di dalam grup tersebut dipercayai terlalu terbuka sehingga membabitkan perkara-perkara yang berlaku ‘dalam kelambu’ tanpa tapisan.


Secara tidak langsung, perbuatan wanita itu bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mengundang kemarahan orang ramai.

fatin

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang meminta pihak JAKIM dan PDRM untuk menyiasat dan mengangkap wanita berkenaan dengan kadar segera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju agar wanita itu dikenakan tindakan kerana bimbang akan memberi impak negatif kepada masyarakat terutama tekanan terhadap golongan wanita yang bergelar isteri.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 2051772883738796221

Popular Posts

item