SALAM takziah kepada kekasih Shila Amzah Ubai atas kehilangan org tersayang

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ memaklumkan adik lelakinya Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli meninggal dunia dipercayai akibat kemalangan jalan raya, semalam.


Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkongsi tentang pemergian adiknya yang berusia 22 tahun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.



Pempengaruh berusia 25 tahun itu berkata, Allahyarham Muhammad Azrullah merupakan anak yang baik dalam keluarga, malah banyak jasa arwah dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga ibu mereka yang kurang sihat.


Terima kasih sebab jaga mak, terima kasih masakkan kan mak, terima kasih urutkan kaki mak, angkat mak kesana kesini waktu abang dengan along takde kat rumah.


“Terima kasih tengokkan Alieya, ambil Alieya balik sekolah masa abah busy settlekan mak punya chemo.


“Kau anak yang baik, kau dah selesaikan semua urusan kau. Besar jasa kau untuk mak dan keluarga ini. Kehilangan yang sangat dirasai,” tulisnya.



Pada masa sama, Ubai yang juga kekasih kepada penyanyi popular Shila Amzah reda atas pemergian arwah adiknya dan berjanji akan terus kuat menerima qada dan qadar ditetapkan Allah SWT.


“Ramai tengok kau, ziarah kau. Tak berhenti orang datang dan cerita kebaikkan kau. Ramai gila Rul! Kami redha dengan pemergian kau dan kami kuat untuk kau. Semoga kau ditempatkan dalam golongan yang beriman,” katanya.


Difahamkan, jenazah disembahyangkan di surau As-Salam, Petaling Jaya sebelum selamat dikebumikan di tanah perkuburan PJS4.



Sementara itu, beberapa ahli keluarga turut bersedih berhubung pemergian Allahyarham Muhammad Azrullah dengan memuat naik dedikasi istimewa di laman Facebook.





Artikel Berkaitan

ARTIS 5475755989461108913

Popular Posts

item