‘Mereka melambai dari jendela minta tolong sebelum rentung’ – Kejadian rumah dua beradik yang terbakar



 ‘Mereka melam­bai tangan sambil meminta tolong, namun semuanya terlalu pantas.’


Demikian kata-kata Siti Salwani Hussin, 35, yang juga sepupu kepada dua beradik ren­tung dalam kebakaran rumah di Kampung Mentuan, Binjai di sini malam kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin.


Siti Salwani berkata, dia berasa terkilan apabila tidak dapat menyelamatkan Aisyah Ab. Halim, 22, yang merupakan wa­nita sindrom Down dan abang­nya, Muhammad Huzaifah, 31.


Katanya, dia menyedari dua beradik itu melambai tangan melalui jendela rumah mereka selepas melihat api membakar ruangan dapur.


Menurutnya, kedua-dua beradik itu meminta tolong selama lima minit semasa api marak sebelum rumah mereka musnah dijilat api.



“Saya sempat berlari meminta bantuan penduduk kampung, ­namun kebanyakannya takut untuk membantu apabila wayar elektrik­ di luar rumah banyak yang sudah putus semasa kebakaran.


“Saya yang cemas ketika itu menghidupkan enjin kereta dan bergerak keluar dari kawasan rumah ekoran bimbang kebakaran merebak ke kawasan rumah,” ­katanya di sini semalam.


Berita berkaitan: Lelaki, adik sindrom Down rentung terperangkap dalam rumah terbakar


Menceritakan detik sebelum kebakaran, Siti Salwani memberitahu, dia terhidu bau hangit di ruang dapur rumah mangsa sebelum terdengar letupan kecil dari bumbung rumah.


Menurutnya, dia pada mula­nya mengesyaki ibu kepada ke­dua-dua mangsa, Robiah Ismail, 59, membakar sampah di tepi rumah kerana bahang api turut terasa ke dalam rumahnya.


“Saya kemudian bergegas membuka jendela dan melihat Aisyah dan abangnya melambai tangan sambil menjerit meminta tolong,” katanya.


Jiran mangsa, Rogayah Abdullah, 53, berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia melihat Aisyah dalam keadaan ceria dan kerap merakam swafoto dirinya semasa datang mengaji di rumahnya.


“Kebiasaannya, dia seorang yang pendiam semasa datang mengaji di rumah saya. Dia kadang kala suka mengamuk, namun berubah menjadi ceria beberapa hari lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 612334793147579645

Popular Posts

item