VIDEO : TRAGEDI Cuti Aidilfitri, 3 Beradik Lemas Di Port Dickson


PORT DICKSON – Tiga beradik perempuan meninggal dunia apabila lemas selepas mandi di pantai bersama keluarga dalam kejadian di Pantai Cahaya, di sini petang tadi.


Kesemua mangsa yang ditemukan lemas dikenali sebagai R. Dawige, 29, R. Kalaivani, 30, dan R. Sathiyadevi, 19, masing-masing beralamat dari Banting, Selangor.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Telook Kemang, Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 5.57 petang tadi.


“Kejadian melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, empat daripadanya merupakan adik-beradik dipercayai bermandi-manda di Pantai Cahaya, Port Dickson.

“Dua mangsa yang selamat dikenali sebagai adalah J. Sathiawaran, 29, dari Perak dan R. Veeran, 26, dari Banting, Selangor.


“Kami mengambil masa satu jam untuk menyelamatkan mangsa lemas yang jaraknya 50 meter dari pesisiran pantai. Tugas pencarian mudah susulan mangsa kelihatan di permukaan pantai,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah beliau, mayat kesemua mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis.


“Mangsa yang selamat pula diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 118420513221723456

Popular Posts

item