“VIDEO INI BAWA PADAH PADA SAYA” - Achey Teruk Dikecam Kerana Video Ini, Mahu Jadikan Pengajaran Buat Semua



Aplikasi karaoke yang menjadi trending sekarang ini iaitu Smule menjadi pilihan ramai artis-artis di Malaysia untuk menonjolkan bakat nyanyian mereka. Bukan sahaja artis, tetapi orang biasa juga turut menggunakan aplikasi ini sehinggakan diangkat menjadi artis. 


Aplikasi karaoke ini sangat popular sehinggakan ramai artis baru dan lama turut serta mencuba dengan video Smule. Antara artis yang aktif dengan Smule adalah pengacara dan pelawak, Achey.


Memandu Dalam Keadaan Bahaya Kerana Smule

Pelawak Achey mengakui bahawa Smule ketika memandu sememangnya membuatkan dirinya hilang fokus ketika memandu.


Achey menceritakan ketika menyanyi beliau terpaksa melihat lirik lagu tersebut, dan ini amat merbahaya kerana tidak fokus ketika memandu.


Ramai pihak yang mengecam Achey kerana dianggap memandu dalam keadaan bahaya kerana Smule

Teruk Dikecam

“Pengalaman saya tentang fokus ini, apabila saya memandu, kesalahan yang saya lakukan adalah Smule…ini teruk saya kena kecam.


“Ini saya akui memang kesilapan saya, memang ketika itu saya pakai tali pinggang keledar, tetapi fokus saya hilang sebab saya tengok lirik, saya terlupa lirik, jadi bila fikir balik memang satu kesalahan dan saya minta maaf dan tak buat lagi,”


Masih Smule Tapi Ketika Tidak Memandu

“Saya masih bersmule tapi saya berhentikan keretalah, tak lagi ketika memandu,”


Sebelum ini, video Achey dan seorang penyanyi dari Smule bernama Rozy menjadi viral.


Video duet mereka berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 660,438 orang.

Artikel Berkaitan

ARTIS 8131303649447095252

Popular Posts

item