Salam Takziah, Keadaan Erry Putra Membimbangkan, “Doktor Kata Ada Nanah..”



SEMINGGU menahan derita sakit pada bahagian perut, pelakon Erry Putra selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada Jumaat.


Erry atau Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, 44, berkata, dia pada awalnya menyangka mengalami gastrik namun pemeriksaan di klinik mendedahkan punca sakit perut dialaminya.


Malah kata Erry, dia juga pitam di klinik tersebut sebelum memandu sendiri ke hopsital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.


"Saya fikirkan sakit perut disebabkan gastrik tetapi beberapa hari lalu saya mula rasa pelik apabila membuang air besar.


"Bau najis pun tidak sama macam biasa... selepas pergi ke klinik doktor beritahu itu adalah simptom apendiks dan minta saya segera ke hospital.


"Bagaimanapun keadaan saya ketika itu sangat lemah dan pitam di klinik tersebut sebelum diberikan ubat tahan sakit dan saya memandu sendirike hospital," katanya kepada mStar.


Erry memberitahu dia bertambah panik apabila pemeriksaan di hospital mendapati apendiksnya sudah pecah dan doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan.


"Apabila doktor periksa, apendiks saya rupa-rupanya sudah pecah dan mereka terus buat pembedahan. Kebetulan saya pula tak makan sejak tengah malam hari sebelumnya, jadi boleh terus buat pembedahan," katanya.

Dalam pada itu, Erry yang masih berada di wad memberitahu dia terpaksa ditahan selama beberapa hari lagi ekoran terdapat nanah pada bahagian perut akibat apendiks yang pecah.


Kata Erry, keadaannya masih perlu pemantauan doktor malah buat masa ini tidak dibenarkan mengambil sebarang bentuk makanan.


"Pagi ini (Sabtu) saya masih belum dibenarkan makan, hanya minum air dan antibiotik sahaja. Mungkin malam nanti baru boleh ambil makanan lembut seperti bubur.


"Doktor beritahu ada nanah pada bahagian perut berpunca apendiks yang pecah dan sebab itu ada tiga kesan luka pembedahan selain perlu duduk di wad lebih lama untuk pemantauan," ujarnya.


Sementara itu, Erry turut meluahkan rasa terkilan kerana terpaksa membatalkan jemputan menghadiri sebuah acara yang dijadualkan berlangsung sehingga Ahad.


"Dalam keadaan sakit ini pun otak saya masih fikir nak pergi acara tersebut... kalau boleh saya nak lari sekejap sebab sudah berjanji dengan penganjur.


"Semalam sebelum pembedahan pun saya ada minta tngguh tapi doktor beritahu ini kes kecemasan dan perlu dibedah dengan segera," katanya.

Artikel Berkaitan

ARTIS 4408878913185964138

Popular Posts

item