"DULU TAK PERNAH BUAT MACAM TU PUN DEKAT ARWAH SITI SARAH !" - Shuib Dikecam Kerana Tindakannya Ini Pada Watie, Bakal Isterinya


Semakin berdebar menuju hari bahagia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini, pasangan Shuib dan Watie nampaknya sudah tidak segan silu mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.


Baru-baru ini, wanita yang berjaya menambat hati Shuib itu ada memuat naik video dia berjalan-jalan bersama anak perempuan pelawak itu iaitu Talita di sebuah restoran.


Tidak ketinggalan untuk merasa teruja, Shuib dilihat meninggalkan komen berbaur pujian terhadap Watie dan anak perempuannya itu.


Namun begitu, pujian itu ternyata telah menimbulkan perbalahan pula dalam kalangan netizen.


Ini kerana ada yang berpendapat bahawa Shuib tidak pernah meninggalkan komen berbaur pujian seperti itu di ruang media sosial arwah Siti Sarah ketika dia hidup dulu.

Shuib komen cantik


Meskipun dikecam, ada juga warga maya yang berpendapat bahawa mungkin Shuib memuji arwah Siti Sarah secara berdepan dan bukannya menunjuk di media sosial.


Dalam pada itu, ramai netizen meminta agar diberhentikan segala perbandingan sebaliknya mendoakan agar Shuib dan Watie dipermudahkan urusan untuk berkahwin tidak lama sahaja lagi.

Artikel Berkaitan

ARTIS 4273856485142428763

Popular Posts

item