DIANA DANIELLE MENANG BESAR ! Farid Kamil Buat 'TAWARAN' Lebih RM300 Ribu Pada DIANA DANIELLE

 


Hari ini, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dilaporkan menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk menjalani proses Sulh.


Baru-baru ini, melalui satu video yang dimuat naik oleh pihak Oh Bulan, mereka memaparkan tawaran pendamaian daripada pihak Farid Kamil untuk isteri, Diana Danielle.


Dapat dilihat dalam surat tersebut, pelbagai tawaran yang diberikan daripada pihak Farid untuk Diana seperti memberi sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah serta bayaran balik tiket Umrah.


Keseluruhan jumlah tawaran yang diberikan oleh pelakon lelaki tersebut kepada isterinya mencecah lebih RM300,000.



Dalam pada masa yang sama, aktor tersebut berharap agar tawaran yang diberikan ini dapat melembutkan hati isterinya untuk berdamai serta menyelamatkan rumah tangga.


Sekadar info, Diana Danielle dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid Mac lalu kerana berlaku perbalahan berpanjangan serta sudah tidak persefahaman lagi.

Artikel Berkaitan

ARTIS 3836048589566167898

Popular Posts

item