Balik Kampung Tidur Ruang Tamu, Malam Abang Ipar Ke Bilik Adik Ipar ‘Berprojek’



Kejadian perbuatan sumbang mahram, yang melibatkan hubungan seksual antara ahli keluarga atau saudara sendiri semakin kerap berlaku pada masa kini. 

Hal ini disebabkan oleh hasutan nafsu yang menipu, di mana segala halal dan haram diketepikan demi kepuasan yang sementara.

 Lebih menyedihkan apabila golongan dewasa memanfaatkan ketidaktahuan remaja yang belum cukup umur.


Pada jam 12 tengah malam, abang ipar masuk ke dalam bilik...adik tidur dalam sebuah bilik yang hanya diliputi dengan langsir.


Ini merupakan kisah sebenar yang dikongsi semula oleh seorang peguam pada tahun 2018. 

Beliau mengingat semula prosiding jenayah yang melibatkan seorang lelaki yang melakukan perbuatan keji terhadap adik iparnya (yang berusia 14 tahun). 

Kejadian tersebut bermula semasa mereka sekeluarga pulang ke kampung dan tidur di ruang tamu. 

Pada malam itu, si abang ipar menyelinap masuk ke dalam bilik remaja tersebut dan mereka melakukan hubungan seksual.

@shada_mazan “Seronok 5 Minit, Merana 30 Tahun”#aidilfitri2023 #peguammalaysia #puterisarahliyana #syamsulyusof #viewchin #ahmoi ♬ original sound - Lawyer Nur Shuhadah



Abang ipar sayang pada adik ipar, mungkin mereka bercinta diam-diam.


Bukan hanya sekali, tetapi beberapa hari kemudian, si abang ipar meminta gadis tersebut membeli ubat untuk kesihatan yang dikatakan kurang baik. 

Ketika gadis tersebut sampai ke rumah lelaki tersebut untuk menghantar ubat, mereka sekali lagi terjebak dan melakukan perbuatan yang sama pada saat si kakak ipar sedang keluar bekerja.



Akhirnya, isteri terserempak dengan mesej mesra antara suaminya dan adik ipar...dengan panggilan 'sayang'.

Penemuan bukti mesej mesra dengan panggilan 'sayang' akhirnya membongkar perbuatan mereka berdua.

 Walaupun si pelaku pada awalnya menafikan perbuatan tersebut, dia akhirnya mengaku setelah dihadapkan oleh isterinya. 

Nikmat 5 minit yang dibuat tanpa berfikir panjang akhirnya menyebabkan hukuman penjara selama 30 tahun beserta hukuman sebatan.

@shada_mazan Seronok 5 Minit, Merana 30 Tahun. - Part 2- #aidilfitri2023 #peguammalaysia #puterisarahliyana #syamsulyusof #viewchin #mira ♬ original sound - Lawyer Nur Shuhadah

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 3407060319847010664

Popular Posts

item