Allahuuu. Saat Kita Semua Sambut Hari Raya, Remaja Ditemui Meninggal Seorang Diri Sejak Dari Malam Raya Lagi


SAAT kita gembira menyambut Hari Raya, terselit kisah duka dikongsikan seorang individu di media sosial.


Kematian ahli keluarganya dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan baru-baru ini cukup memberikan impak besar bagi mereka.


Menerusi perkongsian kakak arwah iaitu Ain Ariff, adiknya meninggal dunia seorang diri pada 21 April lalu.



“Arwah adik (Ash) meninggal malam raya. Kami tak sedar rupanya sudah satu hari arwah meninggal.


“Raya kedua baru uruskan pengebumian arwah,” kata Ain menerusi perkongsian di TikTok.


Upacara pengebumian Allahyarham Mohd Asyraf Mohamad Ariff yang meninggal dunia pada usia 36 tahun selamat diadakan pada 23 April lalu.


Berdasarkan semakan di ruangan komen, difahamkan arwah menyewa bersama rakan-rakannya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.


Dia dikatakan mengalami demam panas.


Menurut cerita Ain, setelah panggilan dan mesej tidak dijawab, ahli keluarganya mula menjejaki arwah di rumah sewanya sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri.


“Patutlah adik beradik lain dan mak hubungi seharian tidak berangkat? Allahuakbar, al-Fatihah.


“Moga engkau tenang di sana adikku,” ujarnya.


Sementara itu menerusi muat naik berasingan, Ain berkongsi dua keping foto arwah.


“Dengan sekelip mata kau tinggalkan kami di hari dan bulan baik yang dicemburui setiap orang.



“Kami sayang kau @ashariffash atau atap. Semoga kau tenang di sana adikku, al-Fatihah,” ujarnya.


Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan oleh Ain berkemungkinan demi menjaga nama baik arwah.


Hingga kini perkongsian Ain tentang kematian adiknya meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok.


Warga maya turut melahirkan rasa simpati selain mendoakan kesejahteraan arwah di negeri abadi.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 9220767346988616013

Popular Posts

item