“Tiba-Tiba Muncul Kereta Peronda Polis…” - Hajat Farid Kamil Nak 'Happy' Kan Anak Tak Kesampaian

 

Farid Kamil telah melakukan pelbagai usaha untuk memujuk isterinya, Diana Danielle agar tidak meneruskan permohonan perceraian.

Memetik laporan Kosmo, pengurusnya, Azhari Hamid memberitahu hasrat Farid tidak kesampaian untuk membawa anak-anak keluar untuk menaiki kereta yang baru dibeli untuk kegunaan sekeluarga.

Malah, dipercayai ada yang menghubungi pihak polis peronda untuk menghalang Farid berjumpa anak-anaknya.

“Sebenarnya Farid menerima notis mahkamah berhubung sebutan kes permohonan daripada Diana minggu lalu, tetapi dia cuba positifkan diri dengan berusaha memujuk.

“Walaupun diminta keluar dari kediaman mereka sejak 3 Mac lalu selain tidak dapat berjumpa anak-anaknya sepanjang tempoh itu, Farid tetap menaruh harapan terhadap perkahwinan mereka.

“Cuma apabila tidak dibenarkan membawa keluar Muhammad dan Nur Aurora, serta secara tiba-tiba muncul pula kereta peronda polis di pos pengawal rumah mereka, dia terkejut dan sedih. Saya tahu Farid menangis sebab matanya sembab.

“Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak, sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian,” katanya.

Namun begitu, Azhari berkata Farid akur dengan keputusan mahkamah Hakim Syarie, Shukran Yusof yang memerintahkan dia dan isteri untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini namun, Farid enggan melafazkan cerai.

Artikel Berkaitan

ARTIS 2847496134516046266

Popular Posts

item