SEMAKIN PANAS ! Bekas Kekasih Puteri Sarah Nekad Bantu Aaron Aziz

 

PELAKON Ammar Alfian menawarkan diri untuk menjadi pelatih peribadi kepada Datuk Aaron Aziz sekiranya aktor itu memerlukan bantuan daripadanya.

Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 36, berkata, dia akan cuba melakukan terbaik bagi membuktikan Aaron seorang pelakon yang berdedikasi dan bukan seperti apa diperkatakan tentangnya sejak kebelakangan ini.

"Jika anda mahu saya bantu dalam sesi latihan, beritahu sahaja. Insya Allah saya akan berikan yang terbaik untuk sama-sama membantu.

"Buktikan kepada orang ramai yang mereka salah dan anda sebenarnya seorang yang berdedikasi," katanya.

Ammar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.


Dalam pada itu, Ammar berkata, meskipun hubungannya dengan Aaron tidak rapat namun pelakon filem Paskal itu antara saksi melihat kegigihan Aaron dalam memberikan komitmen terhadap lakonannya.

"Saya faham perasaan apabila segala kesungguhan dan kerja keras tidak dihargai.

"Umur hanya sekadar angka... Anda boleh hilangkan lemak-lemak itu tetapi jangan jatuhkan maruah anda," jelasnya.

Pada Rabu lalu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Aaron digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster disebabkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan dihadapi aktor berkenaan.

Aaron dalam kenyataan balasnya pula memberitahu dia terpaksa mengambil suntikan bagi mendapatkan bentuk tubuh menarik atas permintaan Syamsul demi memuaskan hatinya.





LAGI ARTIKEL MENARIK

Lepas apa yg terjadi. Isteri Aaron Aziz tak bagi Aaron Aziz berjumpa Syamsul Yusof.
Ini sebabnya : https://www.siakapkeli.me/2023/03/demi-jangan-jumpa-syamsul-yusof-isteri.html


Sampai Ajai pun boleh menangis dengar dia ni menyanyi. 
Mmg sedap sgt..

Artikel Berkaitan

ARTIS 7815915468342307416

Popular Posts

item