Satu Malaysia Tak Sangka Ini Reaksi Puteri Sarah Jika Syamsul Dapat pangkat Datuk

 

Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah masih hangat diperkatakan apatah lagi 7 Mac depan merupakan sebutan kes perceraiannya dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Baru-baru ini, timbul ura-ura suaminya kini bergelar atau berpangkat Datuk. Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Tidak lagi ambil peduli, Puteri Sarah mengucapkan tahniah buat Syamsul jika benar khabar angin tersebut.

“Itu (Syamsul dah dapat gelaran Datuk) pun saya tak tahu. Saya memang tak ambil tahu apa-apa.

“Kalau dapat gelaran Datuk, alhamdulillah tahniah buat dia. Itu sahaja dan saya tak nak ambil peduli lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah move on serta tiada apa yang perlu diperkatakan lagi memandangkan suaminya sudah pun berkahwin dengan Ira.

“Saya dah ‘move on’. Semasa saya di Madinah tempoh hari, saya dah letak semua masalah di belakang. Bahkan yang pasal Ira berbadan dua, waktu itu saya di Madinah.

“Saya dah macam apa-apa sahajalah. Syamsul pun dah berkahwin dan benda pun dah jadi dan tiada apa yang perlu diperkatakan dari pihak saya berhubung dakwaan terbabit (Ira sekarang hamil),” katanya.

Ini pula reaksi Netizen

Artikel Berkaitan

ARTIS 2818293276289603127

Popular Posts

item