Keadaan Kazar Terkini Yg Sangat Memilukan

 


Seperti yang ramai tahu, nama pelakon veteran iaitu Kazar Saisi sering terkena tempias kontroversi yang melanda perkahwinan anak perempuannya, Ira Kazar dengan pengarah, Syamsul Yusof.


Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin bin Saisi mengakui bulan Ramadan tahun ini banyak memberi pengajaran untuknya menjadi seorang yang penyabar.


Menurut pelakon berusia 63 tahun itu, dia juga mengelakkan diri daripada menggunakan media sosial bagi menghormati bulan puasa.


Bulan ramadan ni macam saya, kuranglah tengok Instagram sebab kita cuba hormati bulan ramadan.


Bukan itu sahaja, Kazar turut berkata dia berusaha untuk memperbaiki diri setiap kali Ramadan tiba.


Itu apa yang saya belajar akhir-akhir ni, kena banyak bersabar. Terbuktilah sabar tu banyak ganjarannya.



Terdahulu, nama pelakon 7 Hari Mencintaiku itu dipetik selepas foto memaparkan Yusof Haslam bersama bapa kepada Puteri Sarah tular dan menjadi perhatian orang ramai.


Difahamkan, foto tersebut diambil ketika dua keluarga itu menyambut hari kelahiran anak kedua kepada Syamsul dan Puteri Sarah iaitu Sumayyah.


Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Artikel Berkaitan

ARTIS 9073874833153566960

Popular Posts

item