Ini Wajah pelakon popular Malaysia & tiga kawannya berdepan hukuman g@ntung kerana edar g@nj@

 

Seorang pelakon lelaki, Said Muhammad Ismail Said Parkir dan tiga rakannya berdepan hukuman mati selepas dituduh mengedar dadah jenis ganja.

Tiga lagi tertuduh dikenali sebagai H S Sarvinder Singh, 23, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, dab Mahkamah Majistret telah menetapkan 31 Mac bagi mengetahui laporan kimia terhadap pertuduhan itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kerana kes membabitkan hukuman mati berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Mengikut pertuduhan, semua tertuduh secara bersama mengedar ganja seberat 494 gram di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, jam 9.34 malam pada 3 Januari lalu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati atau dikenakan sebatan minimum sembilan kali dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pelakon berusia 29 tahun itu difahamkan mempunyai bisnes kedai vape sementara Savinder Singh dan Delson Dean pula bekerja di kedai tersebut manakala Muhammad Amir Hafiz merupakan penjual burger.


Terdahulu, empat lelaki berkenaan ditahan selepas dipercayai menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau ‘vape’ dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama pada 3 Januari lalu.

Artikel Berkaitan

ARTIS 8224373013969778608

Popular Posts

item