VIDEO: Janda Kuantan Viral, Umur 20 tahun, Dah 2 Kali Kahwin Warga Emas. Buat Video Pengakuan Berani Mati

 


KETIKA usianya baru mencecah 20 tahun, wanita ini sudah dua kali berumah tangga.


Namun wanita dikenali sebagai Nik itu menjadi perhatian netizen bukan disebabkan berkahwin muda, sebaliknya kerana mengahwini warga emas dalam lingkungan 70 tahun.


Menerusi rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula pengguna TikTok @aladamramadhan, Nik menjelaskan dia sudah biasa menjadikan lelaki berusia sebagai teman hidup.


“Saya dan biasa kahwin dengan orang tua. Sejak umur 18 tahun habis sekolah terus kahwin. Ni kahwin kali kedua,” ujarnya di TikTok.


Apabila diajukan soalan mengenai suami pertama, wanita berkenaan mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah meninggal dunia akibat sakit jantung sebelum Nik bertemu dengan pasangan baharu.


Dalam pada masa sama, Nik yang berasal dari Kuantan, Pahang juga menceritakan bagaimana dia dipertemukan dengan suami keduanya itu.


“Anda semua tak faham apa yang Nik rasa. Suami pertama dah meninggal sakit dada (sakit jantung).


“Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa. Lepas tu mama cakap lelaki tua, Nik cakap tak apa mama, lelaki tua pun tak apa sebab Nik sayang warga emas.


“Mama cakap dia ada kereta ada rumah sendiri. Nik pun happy... senanglah nak bawa Nik pergi jalan-jalan.

@nik.164 #CapCut ♬ original sound - nik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Nik.


Namun ramai antara mereka mendoakan agar perkahwinan kedua wanita itu bahagia hingga ke Jannah.

“Dia ada cakap dekat komen. Sekurang-kurangnya suami ada rumah dan kereta. Mungkin sebab dia rasa kekurangan dia. Kita tak tahu. Sebab tu dia pencinta warga emas.


“Nik suka warga emas, biarlah dia kahwin. Kita yang minat emas ni teruskan minat kita. Kita tak ada warga pun tak apa.


“Dalam banyak-banyak emas. Emas 916 saja saya biasa. Yang lain belum biasa.


“Ini bukan father issues, ini grandfather issues,” komen netizen pada video.

Artikel Berkaitan

ARTIS 5914105744077946255

Popular Posts

item