Satu Unit Pangsapuri Terbakar, Mangsa Ditemui Rentung

 Unit Pangsapuri Terbakar


SEORANG lelaki rentung di dalam sebuah rumah flat di Tingkat 21, Blok D, Flora Damansara, 9.12 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa dengan identiti tidak pasti itu ditemui maut berdekatan pintu masuk rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri.


Beliau berkata, mayat berusia lingkungan 30-an itu berada dalam keadaan tertiarap dan terbakar hampir 40 peratus.


“Pihak bomba sukar memadamkan kebakaran pada awal kerana masalah tekanan air yang rendah.


“Selepas kebakaran dipadam, pemeriksaan mendapati rumah telah terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelasnya, pihak forensik telah mengambil dua sampel iaitu cebisan baju serta kulit mayat bagi membantu siasatan.


Mohamad Fakhrudin berkata, saksi telah terdengar bunyi letupan yang kuat dan bunyi kaca pecah dari rumah mangsa dan kemudian didapati berlaku kebakaran.


“Saksi cuba dapatkan bantuan tetapi gagal masuk kerana api semakin marak,” ujarnya.


Jelasnya kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi membantu siasatan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Sarjan Ahmad Sabran Abdullah di talian 010-5585040.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.13 malam.


Katanya, sepasukan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Sungai Buloh, Seksyen 7, Kota Anggerik dan Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.


Video Kejadian:

@utusantvofficial Mangsa maut berdekatan pintu masuk rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #floradamansara ♬ original sound - UtusanTV

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 7030806483731633530

Popular Posts

item