“Selama ni aku dah cukup bersabar jaga aib kau !” Hafidz Roshdi Buat ‘Surat Terbuka’ Buat Shuhada, Tuntut Sesuatu Dari Shuhada

 

Seperti diketahui ramai, kemelut rumah tangga yang terjadi di antara pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada hingga ke hari ini masih menjadi perhatian ramai dan belum selesai.

Lagi menjadi ‘panas’ selepas Shuhada memberitahu dirinya dipukul oleh suami di bahagian muka hingga cacat kekal dan disebabkan itu, Hafidz bakal didakwa di Mahkmaah pada Isnin depan.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Hafidz membuat satu hantaran di Instagram dituju khas buat Shuhadah atau mesra dikenali sebagai Shu.


Dalam hantaran tersebut, Hafidz berkata dia sudah tidak tahan difitnah dengan cerita yang tidak benar apatah lagi membabitkan ahli keluarganya.

Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

Status instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. Ianya jelas dan nyata, satu fitnah.

Dalam pada itu, Hafidz turut meminta agar Shuhada membuat permohonan maaf secara terbuka dan memesan kepada peminat dan netizen di luar sana untuk tidak membuat spekulasi sendiri terhadap rumah tangga mereka.

Malah, Hafidz juga ingin mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang telah melampaui batas dan menyentuh maruah serta privasi keluarganya.

“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

ARTIS 3076129957593526692

Popular Posts

item